Aktiviti Mingguan- Latihan Ladam Kuda

 

Pada 27 Mei 2017, iaitu aktiviti mingguan terakhir sebelum  Mesyuarat Agung Tahunan, semua ahli pandu puteri telah menjalankan latihan ladam kuda di gelanggang bola keranjang sekolah. Ladam kuda akan dibentukkan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan , jadi latihan telah diadakan supaya setiap ahli jelas akan langkah-langkah membentuk ladam kuda, menaikkan bendera dan menurun bendera.

Ahli jawatankuasa pandu puteri memberi arahan kepada para ahli pandu puteri supaya membimbing mereka membentukkan ladam kuda secara betul. Pada masa yang sama, ramai ahli jawatankuasa pandu puteri juga memastikan setiap ahli pandu puteri jelas akan langkah-langkah yang perlu mereka diri jalankan semasa membentukkan ladam kuda.