11GTS 64th Annual Anniversary Cum Farewell Gathering

Pasukan pandu puteri kami telah menyertai kem yang diadakan oleh pasukan pengakap dari SMJK Chung Ling pada 8 Jun 2017. Pasukan kami telah mengambil bahagian dalam pertandingan melukis sepanduk, pertandingan menyanyi , pertandingan menari dan pertandingan kostum.

Ahli pasukan pandu puteri kami sedang menjelaskan langkah-langkah membuat kostum dan juga bahan yang telah digunakan untuk membuat kostum. Kostum tersebut dibuat daripada kadbod yang dapat dikitar semula dan kain lama daripada pakaian seragam.

Ahli pandu puteri bekerjasama melukis sepanduk dengan teliti.

Pasukan kami berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan menyanyi.